Pages

Monday, October 26, 2009

AIR ALKALI AURA KEHIDUPAN


AIR BIO-ALKALINE


Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera…,

Isu terhangat di pasaran, pencemaran air berleluasa masa kini. Limpahan air sampah, air najis menjadi sumber minuman kita seharian. Apa yang perlu kita lakukan? Hanya berserah kepada tindakan Kerajaan untuk mengatasinya? Atau anda mencari MESIN PERAWAT AIR untuk merawat air? Jika ya, kami mempunyai berita baik untuk anda…..


KENAPA MEMILIH BIO-ALKALINE?
Produk jenamaan kami BIO-ALKALINE mampu memenuhi citarasa anda kerana kami bekerja dengan cemerlang untuk memenuhi cirri-ciri teknikal yang diperlukan. Produk perawat air keluaran bumiputera islam setanding dengan mesin perawat air lain malah ia lebih setanding dengan keluaran Antarabangsa malah lebih sempurna jika dibandingkan dengan mesin perawat air yang lain.

Kami ingin berkongsi ilmu AIR BIO-ALKALINE yang mempunyai ciri-ciri air yang tinggi sifat alkalinya.

Air bersih kaya dengan kandungan mineral, beroksigen tinggi, bermolekul halus, bercirikan air hidup dan mempunyai sifat alkali yang tinggi sekitar PH 7.5 - 8.5. Ianya diciptakan berpandukan ciri air beralkali.


KEBAIKAN AIR BERALKALI

Nyah toksid, menuteralkan asid, air bebas bakteria, bersih, tiada bau dan rasa yang enak. Menyingkirkan radikal bebas, merangsangkan sel endoktrin. Meningkatkan antibodi (pencegah penyakit), menguatkan tulang, memberi tenaga, mempercepatkan penyembuhan pelbagai penyakit kronik. Awet muda dan membantu mengawal berat badan. Kaya dengan mineral Magnesium, Kalsium, Postasium dan Sodium dan nutrient lebih mudah diserap oleh sel badan.


AIR BERALKALI DAPAT MEMBANTU PENYAKIT

Membuang batu karang didalam Buah Pinggang, membantu penyakit Arthritis, penyakit Autoimun, penyakit Gout, Osteoporosis, mengurangkan tekanan darah tinggi, membantu Penyakit Kanser (kaya dengan antioksidan), Stroke, serangan sakit jantung, keradangan, menambah bekalan mineral dalam tubuh, mengurangkan stess kepada System Eliminasi (buah pinggang, hati dan usus).


CIRI-CIRI ORANG BERALKALI

Sentiasa bertenaga, tidak letih selepas memakan daging, tidur sedikit pun segar, kerja melibatkan mental tidak penat, berpandangan positif, ceria, boleh melakukan aktiviti lasak, jarang demam dan selsema, tahan alahan, tenang dan sihat, pergaulan aktif.


ANTARA PUNCA PENYAKIT


OBESITI

Berpunca daripada makanan berkarbohidrat dan berlemak menjadi fatty asid dan berlonggok dibawah kulit, perut dan pinggang bagi lelaki. Manakala perempuan diponggong, peha dan payu dara. Organ dalaman tidak dapat bekalan nutrient yang mencukupi dan akhirnya boleh merosakkannya. Untuk mengatasinya, minumlah air beralkali (sekitar PH 7.5 – 8.5) di antara 8 hingga 10 gelas sehari untuk mengaktifkan buah pinggang. Hati akan memetabolismakan lemak.

KANSER

Badan berasid menyebabkan sel rosak dan akhirnya menjadi kanser. Masalah kanser dirawat dengan kimoterapi dimana radiasi akan menambahkan asid dan menjadikannya lebih serius. Meminum air tinggi alkali akan dapat mencegah kanser dengan menuteralkan asid tersebut.

TEKANAN DARAH TINGGI

Penyakit tersebut disebabkan oleh keadaan asidosis dalam tubuh kita yang datangnya dari faktor pemakanan berasid seperti makanan berminyak, berkarbonat dan lain-lain. Meminum air tinggi alkali boleh menurunkan tekanan darah.

ARTHRITIS

Disebabkan longgokan asid di sendi. Memakan Asprin menjadikan lebih asid. Sapuan luar hanya memberi kelegaan sementara. Air tinggi alkali dapat membantu mengurangkan longgokan asid di sendi.

BUAH PINGGANG

Bahan toksik membebankan buah pinggang menyebabkan Nephritis, keracunan Uremia dan penyakit pundi kencing. Toksik menyebabkan darah berasid. Garam asid menjadikan batu di buah pinggang. Air alkali dapat membantu masalah ini.


KAJIAN AIR BERALKALI

1. Reaserch di Jepun pada 1950an : air alkali & antioksidan boleh membantu penyakit Arthritis, pedih ulu hati, keletihan, sistem penghazaman, pengaliran darah lembab, Migrain, mual, Obesiti, Osteoporosis dan Stress.

2. Dr OttoWarberg (Pemenang Nobel Price) : punca penyakit Kanser ialah kekurangan oksigen yang terdapat di dalam air rendah alkali. Tiada penyakit yang boleh wujud di dalam keadaan air yang beralkali.

3. In 1965 The Ministry of Welfare of Japan : ’Announced that alkaline water can prevent abnormal fermentation of intestinal microbes’

4. Dr Keiji Morishita dalam bukunya : “The Hidden Thruth Of Cancer”. Keadaan asid bila berlarutan, sel sihat akan degenerate dan akan menjadi kanser. Air beralkali dapat membantu mencegah kanser.

5. Dr. Mona Harison MD (Pengarah Air Antarabangsa) : kanser mati dalam air beralkali. Garam, kopi, nikotin, alkohol dan gula meningkatkan kandungan asid dalam badan.

KESAN INDIVIDU BERASID

Kurang bertenaga dan mudah penat, mental berserabut, kurang ketajaman mental, sikap negatif, kurang berminat terhadap kerjaya, lambat pulih bila sakit, mudah terkena jangkitan, pedih ulu hati, mudah kembung, makan tidak hadam dan kerap sendawa dan pundi kencing tidak lawas.

PUNCA ASIDIK

1. Makanan – makan bergoreng, daging, minuman berkarbonat, gula berlebihan, kopi, buah-buahan seperti oren, apple, limau nipis dan lain-lain.

2. Gangguan Emosi – sedih, tekanan, marah, takut, bimbang, cemas.

3. Aktiviti Fizikal – senaman, sukan, ekspidisi lasak.

4. Perjalanan – kapal terbang

5. Ubat-ubatan – tahan sakit, Pneuomonia, Asma, Bronkitis.

6. Metabolisma – kegagalan buah pinggang, kerosakan hati, cirit birit.

7. Peningkatan Umur – PH makin menurun jika umur meningkat.


Kini BIO-ALKALINE mampu memberi alternatif untuk mengurangkan kandungan asid didalam badan anda disamping mengatasi masalah pencemaran air pada masa ini dan ianya adalah satu-satu mesin merawat beralkali yang terbaik di pasaran.

Insyaallah BIO-ALKALINE hanya mengeluarkan produk yang terbaik dan terjamin kesuciannya. AMIN...

No comments:

Post a Comment